Monday 6 May 2019

Program "Jom ke IPTA"


Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada 19 Mac 2019 di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Samarahan 2 . Sudut IT digunakan oleh pelajar untuk mengisi UPU. Pelajar yg lain sementara menunggu akan melawat sekitar perpustakaan. Turut bersama menyambut Program ini ialah Menteri Muda Bekalan Air Sarawak merangkap ADUN Belaga, YB Datuk Liwan Lagang dan YB Kennedy Chuk Pai (ADUN Murum), 5 pegawai pengiring .




Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut










Faculty Attack - Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi


"Fakulty Attack" pada kali ini yang focus kepada Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi yang berlansung selama 2 jam di ruang legar Perpustakan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Samarahan pada 18 Mac 2019. Tahniah kepada Unit Perkhidmatan Maklumat Kampus Samarahan yang diketuai oleh En. Adenan, bersama En. Dominic, En. Yusuf dan Staf Kampus Samarahan di atas kejayaan melaksanakan Takwim , KPI, sasaran kerja dan HR2u Staf Perpustakaan..


Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut




Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Kunjungan JPK UiTM Kampus Bandaraya Alor Gajah


Pada 15 Mac 2019, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak , Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2 telah menerima lawatan daripada JPK UiTM Kampus Bandaraya alor gajah, seramai 28 orang. Lawatan selama 1 jam itu diberikan taklimat ringkas dan lawatan sekitar Perpustakaan yang telah diberikan oleh En. Nur Afnan Ludin Pembantu Pustakawan Kampus Samarahan dan En. Jamil Jawi Pembantu Pustakawan Kampus Samarahan 2.



Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut




Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Program Makers Meet @ PTAR : Baking ”Juh Mem ’Baking’ ”


Program Maker Meet @ PTAR ini merupakan julung-julung kali ia diadakan dan akan menjadi projek PTAR 2019 yang bakal mengisi kalendar aktiviti tahunan PTAR. Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program ini pada 11 Mac 2019, hari isnin jam 2.00 petang di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Samarahan 2. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan mengembangkan kreativiti dalam membuat gubahan dan mendekorasi kek, untuk mendalami pelbagai teknik dalam mendekorasi kek untuk dipersembahkan dalam sesuatu hidangan.



Saya, Hapsah binti Suut, Pembantu Pustakawan Kanan, selaku ketua projek , ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih kepada Pn. Norhayati Ismail, TKP, Pustakawan-Pustakawan, Staf-staf seperjuangan, para peserta dari pelbagai unit, pelajar pelatih dan Puan Nur Shahrina Paidin yang merupakan Tetamu Undangan dalam menjayakan program ini dengan jayanya. 

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut











Sunday 5 May 2019

Pertandingan Bowling Terbuka


Pertandingan Bowling Terbuka Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPMKSAR) & Kelab Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak di Megalanes Sarawak, E-mart Batu Kawa pada 2 Mac 2019.


Program melibatkan penyertaan daripada ahli Kelab, seramai 45 orang dan 9 kumpulan yang bertanding. Program yang dijalankan memberi pendedahan kepada ahli mengenai kemahiran untuk menjalankan program yang melibatkan sukan dalaman. Para peserta dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat kesukanan, memberi pengalaman baru kepada ahli jawatankuasa dan membentuk nilai-nilai moral dan juga sifat menghormati individu lain. Segala urusan program berjalan dengan lancar mengikut tentatif dan perancangan yang telah ditetapkan. Program dapat dikatakan berjaya kerana komitmen dan juga kerjasama antara setiap ahli jawatankuasa pelaksana. 

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut








Bengkel Penyediaan Laporan-laporan Perpustakaan 2016-2018.


Bengkel Penyediaan Laporan-laporan Perpustakaan 2016-2018 telah diadakan (Jumaat) di Sudut IT PTAR Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2, pada 3 Ogos 2017 yang lepas. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyediakan dokumen selaras dengan perubahan dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta membimbing dan mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penyediaan laporan. 


Puan Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan fasilitator bengkel telah membimbing para peserta yang terdiri daripada 3 orang pustakawan dan 12 Pembantu Pustakawan. Hasil dari bengkel ini, peserta dapat menyediakan dokumen yang baharu mengikut fungsi dan proses utama bahagian masing-masing. 
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut




Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Majlis Jamuan Raya Aidilfitri PTAR 2018

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sarawak telah diadakan pada 29 Jun 2018 bersamaan 15 Syawal 1439H bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2. Dianggarkan jemputan yang telah hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri tersebut adalah seramai 150 orang.
Sambutan Hari Raya tersebut juga turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datin Marilyn Edna Perreau , Isteri Rektor UiTM Sarawak, Puan Hasmah Bt Mohidin, Penolong Rektor, Tuan Hj Ahmad Zuki Hj Hasan, Timbalan Bendahari, Puan Norhayati Binti Umar Penolong Pendaftar Kanan dan staf-staf UiTM Sarawak mahupun akademik dan pentadbiran.
Terdapat berbagai juadah dan hidangan yang telah disediakan. Majlis ini bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut



Lawatan dari S.M.K Agama Matang 2

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan daripada SMK Agama Matang 2 seramai 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring pada 26 Jun 2018 yang lalu. Pelajar-pelajar juga telah diberi taklimat ringkas dan dibawa melawat sekitar bangunan Perpustakaan.

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut


Lawatan Para Guru Dari Kolej Vokasional Matang

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan daripada lawatan para guru dari Kolej Vokasional Matang, seramai 16 orang pada 15 Mac 2018, yang lalu. Para guru Kolej Vokasional Matang Kuching diberi penerangan tentang pelaksanaan, pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan di PTAR, UiTM Cawangan Sarawak.
Selain itu, Para guru Kolej Vokasional Matang Kuching turut dibawa membuat lawatan di sekitar kawasan Perpustakaan bagi melihat dengan lebih jelas mengenai cara pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan. Justeru itu, diharapkan menerusi program lawatan ini dapat memberikan kerjasama yang erat antara Kolej Vokasional Matang dan PTAR, UiTM Cawangan Sarawak di samping dapat bertukar – tukar maklumat.
Terima kasih diucapkan kepada Kolej Vokasional Matang kerana sudi berkunjung ke PTAR 2 UiTM Cawangan Sarawak. Semoga perbincangan yang diadakan membawa manfaat kepada semua dan semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut


Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Lawatan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Sarawak ke Perpustakaan, Swinburne University Of Technology, Kampus Sarawak

Seramai 23 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak membuat lawatan ke perpustakaan, SwinBurne University Of Technology, Kampus Sarawak pada 6 Mac 2018 yang lalu.
Hasil daripada lawatan ini, sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu serta memberi sokongan serta idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunan PTAR Cawangan Sarawak. Disamping itu juga, ianya dapat meneruskan usaha untuk berkongsi best practice yang diamalkan dalam rutin kerja.
Selain daripada itu juga lawatan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara perpustakaan, SwinBurne dengan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan sambutan yang amat baik perpustakaan, SwinBurne.
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut


Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Lawatan Kerja Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak

Pn. Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengikuti Lawatan Kerja Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak ke Malaysia – France University Centre, Genovasi Malaysia, German-Malaysian Institute, Green Technology Malaysia. UiTM Holdings Sdn. Bhd. dan Halal Development Corporation. Lawatan kerja tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 10 hingga 11 Januari 2018 yang lepas. Semoga lawatan ini memberi ilmu yang berguna kepada PTAR UiTM Sarawak.
Disediakan oleh : Puan Zuraida Abdul Karim


Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...