Sunday 25 February 2018

HARI INOVASI 2017 DAN AMANAT TAHUN BAHARU REKTOR 2018 UiTM CAWANGAN SARAWAK.


Unit Kualiti dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, KEKITA dan PEWANI telah mengadakan Hari Inovasi UiTM Sarawak 2017 pada 9 Februari 2018 (Jumaat) yang lalu, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Jubli UiTM Sarawak Kampus Samarahan 1. Pada Hari Inovasi tersebut, empat orang staf PTAR UiTM Sarawak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 iaitu Pn. Norhayati Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan),Pn. Saptuyah Rosli (Pustakawan Kanan- Bersara Oktober 2016), En. Nur Afnan Ludin dan Pn. Normah bt Sadiee (Pembantu Pustakawan). Tahniah diucapkan.

Disediakan oleh: Pn Habsah Suut




RETREAT PTAR SARAWAK KE SABAH


Seramai 24 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak menghadiri Retreat (PTAR) yang diadakan di Marina Bay Hotel, Kota Kinabalu, Sabah  pada 7 hingga 9 Februari 2018, selama 3 hari 2 malam.
Selaras dengan perancangan strategik Perpustakaan 2016-2020, beberapa skop tugas dan proses kerja perlu dikaji semula untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan. Justeru, bagi memantapkan lagi perkhidmatan Perpustakaan, pengurusan berkualiti dan mutu kerja perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, Bahagian Perpustakaan bercadang untuk mengadakan satu retreat sebagai platform untuk mengkaji semula skop tugas dan proses kerja bagi penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan.




Disediakan oleh: Pn. Habsah Suut

LAWATAN DARI POLITEKNIK BETONG




Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sarawak, Kampus Samarahan  (PTAR) telah menerima lawatan seramai 26 orang pelajar dan pegawai pengiring dari Politeknik Betong pada 2 Februari 2018. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebelum melangkah ke 'menara gading'.
PTAR yakin lawatan ke universiti mampu memberi lebih manfaat dan pendedahan kepada pelajar, terutamanya yang bakal mengakhiri zaman persekolahan, sekali gus mendorong mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,"



Disediakan oleh: Pn. Habsah Suut

Thursday 1 February 2018

2018!! AMANAT Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Norhayati Binti Ismail

Assalamualaikum & Greetings!
Grateful to God for the greatness and blessings for giving me the opportunity to give foreword in the PTAR UiTM Sarawak Branch Official Blog.
Library acts as a catalyst for the main activities in teaching, learning and research. Besides, Library held a big responsibility in creating "Knowledge Culture" especially through reading and accessing of information. Because of that, PTAR UiTM Sarawak Branch always try to make a Library that can gives and provides the best and good quality of services.
Other than that, to make a Library that are relevant and competitive as an Academic Library that known and respected, Library have to know the current needs that always needed and have to fulfill the needs of reference resources for the new academic program as well as developing library collection that updated in various forms.
To conclude, it is a wish for the Library so that the users can have the benefits in using all the services and facilities that provided with best interest. Library also will continue the trust that given in providing reference resources, services and facilities that relevant in the line with the needs of today generation. Lets make 2018 a wonderful year for all of us! 
Thank you.




Bengkel Pengurusan Laman Web Media Sosial PUiTM SeMalaysia (15-16 Ogos 2017)

Bengkel Pengurusan Media Sosial PUiTM SeMalaysia anjuran PTAR UiTM Shah Alam telah dihadiri oleh dua (2) orang staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu En, Abang Mohd Farizan Abang yakup (Pustakawan) dan En. Mohd Hairruddine Suip (Pembantu Pustakawan). Bengkel yang diadakan pada 15 hingga 16 Ogos itu bertujuan untuk membangunkan laman media sosial di Perpustakaan cawangan.Bengkel ini telah dibuat di Pusat IT, PTAR Utama Shah Alam. Semoga dengan perkongsian ilmu selama 2 hari ini dapat memberi manfaat kepada PTAR UiTM Cawangan Sarawak dalam mengawalselia media sosial yang dibangunkan.



Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...