Tuesday 15 August 2017

Pameran Hari Sarawak

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sarawak telah dipilih sebagai lokasi pameran sempena Sambutan Hari Sarawak 2017 yang bertemakan “Sarawak Ibu Pertiwiku” yang akan berlangsung selama dua (2) minggu bermula 26 Julai hingga 04 Ogos 2017. Pameran ini merupakan kerjasama antara PTAR UiTM Sarawak dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak. Pameran ini bertujuan supaya maklumat penting mengenai sejarah Negeri Sarawak dapat dikongsi bersama dengan semua lapisan masyarakat. PTAR UiTM Sarawak telah menjemput beberapa buah sekolah di sekitar Kota Samarahan untuk hadir ke pameran berkenaan. Semua warga kampus turut dijemput untuk mengunjungi pameran dan menghayati sejarah Negeri Sarawak.







Taklimat Life Support

Unit Kesihatan UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan Taklimat Life Support pada 28 Julai 2017 yang lalu. Taklimat disampaikan oleh Dr. Mohd Khairol Hambli (Pegawai Perubatan) dan dibantu oleh 2 orang jururawat. Taklimat yang diadakan bertempat di Bilik Seminar PTAR Kampus Samarahan 2 ini telah dihadiri oleh semua staf PTAR dan beberapa orang staf dari Unit Infotect. Semoga taklimat ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.




Bengkel Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) - Emerald Premium

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pangkalan Data Atas Talian (Emerald Premium) untuk staf akademik pada 24 Julai 2014. Salah satu objektif mengadakan bengkel tersebut ialah untuk memberi pendedahan penggunaan kepada pengguna terhadap PDAT - Emerald Premium dengan lebih mendalam dan pencarian maklumat yang lebih berkesan.
Bengkel yang diadakan bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2 ini telah dihadiri oleh beberapa orang staf akademik dan semua staf Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM), Unit Arkib (UA), Unit Sokongan Dan Penyelidikan (USP) dan Unit Jurnal Dan Pangkalan Data (UJPD).



Majlis Ramah Tamah Aidilfitri & Pengawa Gawai

Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri & Pengawa' Gawai pada 21 Julai 2017 (Jumaat) yang bertempat di Dewan Jubli, UiTM Kampus Samarahan.








Program Sedeqah Ramadhan PTAR 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Sedeqah PTAR 2017. Program ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Kota Samarahan. Sumbangan sedekah daripada staf dan pelajar telah dikumpul di PTAR pada awal bulan Ramadan yang lalu. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga UiTM Sarawak. Hasil sumbangan telah dihantar kepada keluarga kurang berkemampuan yang terpilih disekitar kampung Kota Samarahan pada 19 Jun 2017 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sumbangan.





Minggu Interim Bagi Pelajar Diploma

Minit mesyuarat Senat ke 208 Pekeliling Akademik Bil 2/2017 telah memutuskan untuk mengadakan Minggu Interim bagi pelajar Diploma UiTM. Minggu Interim ialah minggu perkuliahan sebelum minggu kuliah pada sesi pengajian biasa bermula. Untuk sesi kali ini semua pelajar Diploma Semester 1 (sepenuh masa) Sesi 1 Jun – Julai 2017 perlu menjalani Minggu Interim dan ia dijalankan selama 7 minggu perkuliahan. Minggu Interim ini dilaksanakan bagi tujuan menghasilkan Hasilan Pembelajaran (Learning Outcome) kepada peningkatan kemahiran insaniah pelajar dengan lebih berkesan. Slot bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak telah dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 16 Jun 2017 yang lalu.





Kelas Kemahiran Maklumat PTAR UiTM Kampus Mukah

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah mengadakan Kelas Kemahiran Maklumat pada 24 Mei 2017 (Rabu) yang dikendalikan oleh Encik Wan Mohammad Nazuan Wan Nazri (Pustakawan), Encik Tahir Raya (Pembantu Pustakawan) dan Puan Normah Sadaiee (Pembantu Pustakawan). Kelas tersebut dihadiri oleh 36 orang Staf Akademik Kampus UiTM Mukah.







Lawatan Penandaarasan Ke Arkib Negara Malaysia Dan Arkib UNIMAS

    Unit Arkib Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Sarawak telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dan Bahagian Arkib Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 April   2017 yang lepas. Seramai 18 orang staf mengikuti lawatan berkenaan termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan-pustakawan Kanan serta Pembantu-pembantu Pustakawan.
      Tujuan lawatan adalah untuk meningkatkan kompetensi pengurusan Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Sarawak disamping membantu pegawai yang terlibat untuk memahami serta menguasai bidang pengurusan rekod dan arkib untuk digunapakai di universiti. Diharapkan juga, lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan mengenai polisi, garis panduan serta isu-isu dalam pengurusan rekod dan arkib agar penambahbaikan dapat dilaksanakan di Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dan Arkib UNIMAS kerana sudi menerima kunjungan dan memberi tunjuk ajar kepada pihak kami.






Gotong-Royong Sukarelawan 3.0 Warga UiTM Cawangan Sarawak

      Lima (5) orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah mengambil bahagian dalam program Gotong-royong Sukarelawan 3.0 Warga UiTM Cawangan Sarawak yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Unit Polis Bantuan dan Bahagian Pengurusan Fasiliti. Program tersebut telah berlangsung pada 26 April 2017 bertempat di Kampus Samarahan. Terimakasih diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.




Sesi Townhall Pusat Perancangan Dan Maklumat Strategik (Cspi) Bersama Warga UiTM Cawangan Sarawak

  Bahagian Pentadiran UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Sesi Townhall Pusat Perancangan Strategik ( CSPI ) bersama semua warga UiTM Sarawak akan pada 7 April 2017 bertempat di Auditorium Blok B, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.
     Objektif penganjuran adalah untuk memberi pendedahan kepada semua warga UiTM Sarawak berkenaan perkembangan hala tuju strategik Universiti serta perkongsian maklumat-maklumat berkenaan Program Transformasi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. Hj Abdul Rahman Omar, Jabatan Sumber Manusia  UiTM Shah Alam. Pegawai-pegawai dan semua staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak turut hadir pada taklimat berkenaan.



Kejohanan Indoor Games KEKITA UiTM Cawangan Sarawak 2017

Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah menyertai pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab KEKITA UiTM Sarawak iaitu Kejohanan Indoor Games KEKiTA UiTM Cawangan Sarawak 2017. Kejohanan ini telah diadakan pada 24 Mac 2017 bertempat Pusat Pelajar, Kampus Samarahan 2. Tahniah diucapkan kepada pemenang.






Gotong - Royong Sukarelawan 2.0 Warga UiTM Cawangan Sarawak

Beberapa orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah mengambil bahagian dalam program Gotong-royong Sukarelawan 2.0 warga UiTM Cawangan Sarawak yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Unit Polis Bantuan dan Bahagian Pengurusan Fasiliti. Program tersebut telah berlangsung pada 16 Mac 2017 bertempat di Kampus Samarahan 1.



Bengkel Penyediaan dan Pemantapan Fail Meja

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dan Pemantapan Fail Meja pada 8-10 Mac 2016 yang lalu bertempat di Sudut IT PTAR Kampus Samarahan 2. Pn. Norhayati Bt Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR telah dijemput sebagai penceramah dan telah dihadiri oleh semua staf Perpustakaan.





Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...