Wednesday 17 May 2017

SIRI CERAMAH PEMBANGUNAN DIRI (SELF DEVELOPMENT)



Pihak Perpustakaan dalam usahanya menyediakan dan menyalurkan maklumat baru dan semasa juga turut mengadakan beberapa program-program ceramah.
Antara program ceramah yang dirancang adalah ceramah-ceramah kearah pembangunan diri (self development).

Sasaran utama ceramah ini adalah terbuka kepada pengguna-pengguna Perpustakaan. Pihak ketua program dan kursus juga telah memainkan peranan dalam menjayakan siri program-program ceramah ini. Program ini telah dimulakan dengan Ceramah mengenai “Bagaimana berucap dengan baik dikalayak ramai (Public Speaking)” yang telah diadakan pada 5 Ogos 2006 mulai pukul 9.00 pagi bertempat di Bilik Sarjana.
Ianya telah dihadiri oleh lebih daripada 100 orang pelajar-pelajar baru.


Ianya melibatkan ceramah dan praktikal dan telah berjalan dengan baik dan dengan penuh ceria. Ceramah ini dijayakan oleh Encik Jamalludin Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Dr.Mohamad Ali Talib (Pegawai Perubatan) UiTM Sarawak.
Antara ceramah-ceramah lain yang dirancang adalah :
1.Gaya hidup sihat
2.Teknik Berfikir
3.Teknik Membaca dengan baik (speed reading)
4.Etika Sosial



CARRIER EXPO 2006 UiTM SARAWAK




Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan,latihan dan input-input berkaitan dengan perkembangan kerjaya kepada siswa/i khususnya berkaitan dengan imej dan keperibadian yang perlu dimiliki oleh seseorang eksekutif sebagai persiapan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

Program ini adalah dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Sarawak dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri (Unit Pengurusan Sumber Manusia) Sarawak.Program ini juga mendapat kerjasama yang padu dari bahagian Perpustakaan, Ahli Jawatankuasa Career Expo yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah, ILQAM, Bahagian Fasiliti, Keselamatan dan juga Persatuan Kaunselor Rakan Sebaya (PKRS) UiTM Sarawak.
Sehubungan itu, program ini yang berasaskan Modul Latihan Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar diharapkan dapat memberi manfaat kepada siswa/i semester akhir dalam menyiapkan diri untuk menjadi graduan yang lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melangkah kaki dalam dunia pekerjaan. Mahasiswa merupakan produk yang terpenting bagi mencerminkan imej sesebuah universiti. Sebagai graduan dan bakal menjadi eksekutif, mereka perlu mempunyai ciri-ciri keperibadian dan kemahiran berkomunikasi yang baik
Program ini dijalankan selama 2 hari iatu pada 23 Ogos 2006 adalah bersama dengan Perkhidmatan Awam Sarawak, manakala pada 24 Ogos 2006 bersama dengan Job Street.
Career expo telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu’ Abdul Ghafur Syariff iaitu Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Negeri Sarawak. Perasmian ini diadakan di Dewan Jubli dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni iaitu Prof.Madya Dr.Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit yang turut mewakili pengarah kampus. Selain itu, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua program dan para pelajar juga turut hadir bagi meraikan majlis tersebut


Program ini mendapat sambutan yang amt baik dikalangan pelajar terutama pelajar-pelajar tahun akhir malah telah diminta oleh Datu’ Abdul Ghafur Syariff sendiri untuk mengadakan pameran tersebut pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1) Tayangan video PANS (Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak)- Be Part of The Winning Team
2) Pameran, cabutan bertuah dan teka teki.
3) Sesi kaunseling dan dialog dengan Jabatan-jabatan yang terlibat. 


Antaranya adalah:
1) Jabatan Pengairan dan Saliran
2) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
3) Jabatan Pertanaian Sarawak
4) Jabatan Perbendaharaan Negeri
5) Unit Pengurusan Sumber Manusia
6) Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri

Sesi kaunseling ini membolehkan para pelajar mendengar serta mengajukan soalan kepada jabatan-jabatan yang terlibat mengenai peluang pekerjaan serta fungsi jabatan tersebut. Di jalankan sebanyak dua sesi pada hari tersebut.

4) Turut diadakan adalah sesi pendaftaran e-Recruitment yang mendapat sambutan yang luar biasa oleh para pelajar.Ianya diadakan di perpustakaan UiTM. Terdapat kakitangan Unit Pengurusan Sumber Manusia yang turut memberi panduan bagaimana mengisi database tersebut. 

5) Sesi temuduga bagi sukarelawan 
Ianya diadakan di biliki-bilik perbincangan di perpustakaan. Dikendalikan oleh En. Abdul Rahman Saili 

6) Pendaftaran Latihan Industri
Pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri, boleh mendaftar di booth jabatan-jabatan tersebut pada hari pameran diadakan.

7) Job Street
Program bersama Job Street diadakan pada 24 Ogos 2006. Ianya diadakan di dewan jubli. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendftaran pekerjaan, pameran dan satu sesi ceramah bersama wakil Job Street. Sesi ceramah tersebut, turut dibantu oleh para pelajar Diploma Pengajian Perniagaan yang pelru melengkapkan tugasan mereka.

Career Expo ini tamat pada jam 5 petang. Adalah menjadi harapan agar pameran ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan sambutan yang diterima amat menggalakkan, malah turut dipuji oleh Datu’ Abdul Ghaffur yang juga alumni UiTM agar program ini dapat diteruskan lagi.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang pameran ini diadakan!!!

EKSPO BUKU UiTM SARAWAK 2006



Sebagai sebahagian daripada aktiviti Bulan Membaca Kebangsaan 2006, pihak Perpustakaan telah mengadakan Ekspo Buku 2006 mulai 25-26 Julai 2006.
Ekspo ini bertempat di tingkat bawah bangunan Perpustakaan (Youth Floor)

Ekspo ini bertujuan:

1. Memberikan pendedahan kepada warga kampus mengenai penerbitan-penerbitan terbaru dipasaran.Ianya juga membolehkan penerbitan-penerbitan tersebut mudah diperolehi.
2. Meningkatkan minat membaca
3. Membudayakan ilmu.

Ekspo tersebut yang dibuat diruang terbuka telah disertai oleh 6 pembekal-pembekal bahan-bahan sumber ilmu serta didokong kuat oleh beberapa penerbit-penerbit utama.


Turut dipamerkan adalah teknologi membalut buku dengan menggunakan plastik khas yang mula diperkenalkan dipasaran.

Ternyata ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan terdapat banyak permintaan yang meminta usaha seperti ini diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya dengan lebih besar serta melibatkan pameran teknologi-teknologi maklumat terkini.

Perpustakaan mengucapkan ribuan tarima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Ekspo Buku UiTM Sarawak 2006 ini.

KURSUS ORIENTASI STAF BARU SIRI 01/2006

Satu kursus orientasi bagi staf-staf baru telah dianjurkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan Staf) khusus kepada staf-staf baru.
Kursus khas tersebut diadakan pada 6-7 September 2006 bertempat di Pusat Latihan Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Telaga Air.

Antara staf-staf Perpustakaan yang terlibat adalah :

1. Encik Ismawi Ibrahim (Pembantu Perpustakaan)
2. Encik Aban Umar (Pembantu Perpustakaan)
3. Cik Masanti Musino (Pembantu Perpustakaan)
4. Puan Fadzilla Maliki (Pembantu Tadbir Rendah)


Kursus ini bermatlamat memberikan pendedahan kepada organisasi, mengujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan yang baik serta menanamkan sikap dan jati diri yang kental dikalangan staf baru.

Pengarah Kampus juga turut memberikan amanatnya serta mengadakan dialog dengan peserta-peserta kursus.

Kursus tersebut dikendalikan oleh barisan fasilitator yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan.

LAWATAN AHLI-AHLI PANEL ANUGERAH KUALITI



Sebagai sebuah kampus yang menjadikan kualiti sebagai tonggak utama, UiTM Sarawak telah mencalonkan diri dan dicalonkan untuk anugerah-anugerah kualiti utama .Antaranya adalah:

Pencalonan dan usaha UiTM Sarawak bertanding dalam anugerah-anugerah kualiti ini adalah sebagai satu usaha menampilkan kampus UiTM Sarawak sebagai sebuah kampus yang membudayakan kualiti dalam pengurusannya secara keseluruhan.
Anugerah-anugerah kualiti yang dimasukki tersebut juga adalah sebagai satu cabaran kepada warga kampus dalam memantap dan membudayakan kualiti.



Bahagian Perpustakaan dalam usaha tersebut juga menjadi satu tempat yang tidak ketinggalan dilawati oleh ahli-ahli panel anugerah tersebut yang terdiri daripada Ketua-ketua Pengarah,Ketuaketua Setiausaha organisasi Persekutuan dan negeri.

Pihak Perpustakaan berbangga menerima kunjungan mereka dan menerima dengan penuh hati terbuka segala teguran dan cadangan bagi memperbaiki dan memantapkan gerakan kualiti di bahagian Perpustakaan sendiri.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BARU DI PERPUSTAKAAN


Pihak Perpustakaan telah menyediakan beberapa kemudahan baru bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna-pengguna Perpustakaan. Antaranya adalah :

a.Ruang meletak beg

Ruang meletak beg ini terletak diluar bahagian Perpustakaan. Ruang baru yang lebih besar ini memberikan lebih kemudahan kepada pengguna-pengguna meletakkan beg dan barangan mereka. Ruang-ruang ( pigeon holes ) juga lebih banyak disediakan.
Tempat meletak payung turut disediakan.

b.Loker-loker berkunci.

Loker-loker berkunci yang baru iniadalah bagi menggantikan loker-loker lama yang tidak sesuai lagi digunakan. Perkhidmatan loker-loker berkunci ini adalah perkhidmatan berbayar yang mana loker boleh disewa sepanjang satu semester.

Pengguna-pengguna Perpustakaan boleh berhubung dengan Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi di kaunter untuk mendapatkan makkumat lanjut mengenai perkhidmatan ini.

MAJLIS BERBUKA PERPUASA BAHAGIAN PERPUSTAKAAN


Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bahagian Perpustakan telah mengadakan majlis khas berbuka puasa. Majlis tersebut diadakan pada 16hb Oktober bertempat di Hotel Harbour View Kuching.


Staf Perpustakaan juga turut hadir bersama keluarga mereka. Majlis Berbuka Puasa ini adalah bagi mencapai tujuan murni mengeratkan tali siraturrahim dikalangan staf Perpustakaan dan juga bersama-sama menghayati bulan yang mulia ini.

Pada majlis tersebut Timbalan Ketua Pustakawan turut menyampaikan penghargaan dan cenderahati kepada 3 orang pelatih amali kursus sains komputer yang telah menjalani latihan praktikal mereka di bahagian Perpustakaan.
Mereka adalah:

1.Cik Joycelyn Rahit
2.Encik Paul Velasky ak Isse
3.Encik Simson Jaban ak Engkujat


Beliau juga melahirkan setinggi penghargaan kepada mereka kerana banyak membantu bahagian Perpustakaan khususnya dalam mengautomasikan beberapa proses-proses utama Perpustakaan.
Beliau juga merasa bangga bahawa bahagian Perpustakaan menjadi bahagian yang menjadi pilihan utama siswa-siswi untuk menjalani latihan praktikal mereka. Ini dirasakan menjadi pendorong kepada bahagian Perpustakaan untuk lebih kehadapan dalam memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan IT.


MEMULAKAN TAHUN BARU DENGAN BANGGA



Bahagian Perpustakaan melangkah ke tahun 2006 dengan penuh bangga dan disertai komitmen yang tinggi. Berkat usaha gigih semua staf Perpustakaan, Perpustakaan dengan bangganya telah mengungguli gerakan kualiti pada peringkat kampus bagi tahun 2005. Malam Gemilang Hari Kualiti UiTM Sarawak 2005 yang diadakan pada 19 Januari 2006 bertempat di Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching menyaksikan bahagian Perpustakaan telah memenangi anugerah-anugerah kualiti berikut :

a.Anugerah Kualiti Pengurusan Pentadbiran 2005 (Anugerah Keseluruhan)
b.Anugerah Kualiti Pengurusan Pelanggan (Johan)
c.Anugerah Kualiti Amalan 5’S (Johan)
d.Anugerah Kualiti KMK- Kategori Pengurusan– Kumpulan CRYSTAL
Johan (Peringkat kampus cawangan)
Anugerah Logo Terbaik (Konvensyen KMK UiTM 2005).-Kumpulan SPEKTRUM (Saguhati)
e.Anugerah Kualiti Pengurusan Rekod (Naib Johan)
f.Anugerah Kualiti Pendokumentasian Penambahbaikan Proses (Tempat ke 3)

Pada malam tersebut juga dua orang staf Perpustakaan turut dianugerahkan khidmat cemerlang. Mereka adalah:

a.Puan Atkah Hj Rambli (Pustakawan)
b.Puan Hapsah Suut (Pembantu Perpustakaan)


Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM yang disayangi, Datuk Seri Prof Dr.Ibrahim Abu Shah. Pihak Perpustakaan bangga dengan kejayaan-kejayaan ini dan berharap ianya akan menjadi tonggak mengujudkan pengurusan dan perkhidmatan Perpustakaan yang lebih baik dan berkualiti.

PROGRAM KEMERDEKAAN BAHAGIAN PERPUSTAKAAN UiTM SARAWAK


Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan setiap tahun dinegara kita, namun adakah penghayatan sebenar mengenai kemerdekaan tersebut boleh dibanggakan.


Menyedari hal tersebut sebagai sebahagian daripada sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2006, Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Pameran “Hargai Kemerdekaan Kita”. Pameran tersebut diadakan diruang Galeri Perpustakaan yang baru mulai 30 Ogos sehingga 15 September 2006.
Pameran tersebut mempamerkan beberapa keratan-keratan akhbar lama rentetan-rentetan penting Tanah Melayu kemudiannya Malaysia mencapai kemerdekaannya. Turut dipamerkan juga adalah beberapa gambar lama yang menjadi sebahagian nostalgia kemerdekaan kita.


Bagi memberikan impak yang meyakinkan terhadap penghayatan kemerdekaan bersama dengan pameran ini juga diadakan Kuiz Kemerdekaan. Kuiz yang mendapat sambutan menggalakkan ini menyediakan beberapa soalan untuk dijawab berdasarkan pameran tersebut. Kuiz tersebut menyediakan 3 hadiah utama bernilai RM100.00 setiap satu dan 10 hadiah saguhati berupa kamus keluaran terbaru.

Tuesday 16 May 2017

BERITA DARI PERPUSTAKAAN : PERKHIDMATAN BARU


“Virtual Advertising System” ataupun VAS, dihasilkan melalui projek KMK Perpustakaan yang telah mendapat tempat pertama (Pengurusan) di Konvensyen KMK UiTM Sarawak 2005; telah di ‘upgrade’kan dengan mengguna Plasma TV dan diletak di luar dinding Perpustakaan supaya penyiarannya akan lebih meluas lagi. Warga UiTM Sarawak yang ingin menghebahkan projek ataupun program mereka digalakkan menghantar maklumat berkaitan secara terus ataupun e-mel kepada:

1. Jamalludin Sulaiman, atau

2. Atkah Hj Rambli, atau

3. Ismawi Ibrahim

** Anda digalakkan untuk mereka secara kreatif berita/maklumat yang ingin di sampaikan, ataupun menghantar butiran/maklumat jelas supaya kami dapat merekabentuk berita anda.

HOTSPOT ™ telah mula beroperasi setelah tempoh percubaan tamat. Warga UiTM boleh membeli kad prabayar di kaunter Perpustakaan dari jam 9 pg hingga 4.30 ptg

Kemudahan baru

Bilik Perbincangan - terdapat 5 bilik perbincangan baru yang boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu-satu masa

Bilik Tayangan - terdapat 1 bilik tayangan baru yang boleh memuatkan 40-50 orang dalam satu-satu masa ** - bilik tersebut boleh ditempah di Kaunter Utama perpustakaan atas dasar “first come first serve” sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaan - perpustakaan akan menjelaskan peraturan terperinci dalam borang yang disediakan - segala urusan tempahan/penggunaan akan diuruskan oleh Encik Sukardi Hj Nasrin

BENGKEL: BENGKEL UNTUK GURU


Pada 15 hingga 17 Februari 2006, Perpustakaan UiTM Sarawak bersama PTAR dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan “Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah” untuk guru dari seluruh Sarawak. Bengkel yang diadakan di Merdeka Palace Hotel & Suites itu telah dihadiri oleh 110 orang guru. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan dengan disusuli bengkel oleh pembentang dari PTAR UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Sarawak, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pustaka Negeri dan Shell Malaysia. Objektif bengkel ialah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru yang mengurus pusat sumber sekolah tentang cara mengurus maklumat dengan lebih sistematik supaya penyebaran maklumat akan lebih berkesan. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan penutupannya oleh Pengarah UiTM Sarawak.

JUARA !!!!!! PERPUSTAKAAN JUARA LAGI!!!



Pada 15 Mac 2006, staf perpustakaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bakat KEKITA sempena Majlis Makan Tahunan KEKITA. Sebanyak 6 kumpulan dari bahagian HE P, HEA, Unit Ladang, Keselamatan, Perpustakaan dan Pentadbiran telah  berentap dengan pelbagai gaya yang menghiburkan. Kumpulan Ngamuk perpustakaan telah mempersembahkan satu persembahan ala-ala konsert rock dan memenangi hadiah wang tunai RM120.00. Syabas.....



SERVICES: NEW SERVICE



Unit Perkhidmatan Maklumat is introducing its new fee-based service this semester. Everyone in the campus are welcome to send or receive fax document at charges as below:

1. Faxes sent to Sarawak/Sabah/West Malaysia - RM1.50 per copy

2. Faxes received from anywhere - RM0.50 per copy

** To get this service, please visit the Reference Counter during office hours

ISO 9001:2000 ON THE ROAD TO ISO 9001:2000 CERTIFICATION!


Six ladies of PTAR UiTM Shah Alam ISO team came a visit last month to brief and gave guidance to the library staff on ISO documentation. All UiTM branch libraries were involved in this exercise which will take off officially in September 2006. The experience we gained during our involvement in UiTM Sarawak ISO certification helped us to go through the flow of processes easily. The team’s mission was accomplished quite fast and on the last day they spent a jolly good time doing what every women loves best…shopping their hearts out!!

Library Retreat



The library staff was given the golden opportunity by our director to get away from the campus and retreat to Santubong Resort for 3 days during the semester break. It was very fruitful indeed because various important topics pertaining to the library's vision, mission, client;s charter, KPIs, services and infrastructure, were discussed. The supporting staff were also given the chance to present their reports and finding during their benchmarking and eye-opening trip last year at UUM, USM UiTM (3 States) libraries in west Malaysia. Professor Madya Dr Jamil also spent a few quality hours with us at the 'randau session',answering questions and promising to look into certain unresolved, hopefully renewed positive attitude. Thank you Director!!



Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...