Sunday 25 February 2018

RETREAT PTAR SARAWAK KE SABAH


Seramai 24 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak menghadiri Retreat (PTAR) yang diadakan di Marina Bay Hotel, Kota Kinabalu, Sabah  pada 7 hingga 9 Februari 2018, selama 3 hari 2 malam.
Selaras dengan perancangan strategik Perpustakaan 2016-2020, beberapa skop tugas dan proses kerja perlu dikaji semula untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan. Justeru, bagi memantapkan lagi perkhidmatan Perpustakaan, pengurusan berkualiti dan mutu kerja perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, Bahagian Perpustakaan bercadang untuk mengadakan satu retreat sebagai platform untuk mengkaji semula skop tugas dan proses kerja bagi penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan.




Disediakan oleh: Pn. Habsah Suut

No comments:

Post a Comment

Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...