Hari Mesra Pelanggan (HMP) 2017 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak adalah merupakan acara dwi tahunan. Program ini telah diadakan pada 21-23 Februari 2017 bertempat di PTAR Kampus Samarahan 1 dan telah dirasmikan oleh YB Rubiah Hj Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan.
Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar bersama guru pengiring SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang, staf dan pelajar-pelajar UiTM Cawangan Sarawak.
Sepanjang penganjuran selama tiga (3) hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya pertandingan mencipta logo dan video pendek, pameran-pameran buku, pemeriksaan kesihatan,cabutan bertuah serta pameran dari agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Disamping itu, pelbagai permainan juga telah dipertandingkan seperti teka guli, sepak bola (Googoal), jengkek dan juga dart. Program tiga (3) hari ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung. Tahniah diucapkan.
Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak; Pn. Norhayati Ismail mengiringi YB Pn. Rubiah Wang Ahli Parlimen Kota Samarahan merasmikan Buku Panduan Perpustakaan
Bersama Jawatankuasa Utama yang menjayakan program Hari Mesra Pelanggan
No comments:
Post a Comment