Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan daripada lawatan para guru dari Kolej Vokasional Matang, seramai 16 orang pada 15 Mac 2018, yang lalu. Para guru Kolej Vokasional Matang Kuching diberi penerangan tentang pelaksanaan, pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan di PTAR, UiTM Cawangan Sarawak.
Selain itu, Para guru Kolej Vokasional Matang Kuching turut dibawa membuat lawatan di sekitar kawasan Perpustakaan bagi melihat dengan lebih jelas mengenai cara pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan. Justeru itu, diharapkan menerusi program lawatan ini dapat memberikan kerjasama yang erat antara Kolej Vokasional Matang dan PTAR, UiTM Cawangan Sarawak di samping dapat bertukar – tukar maklumat.
Terima kasih diucapkan kepada Kolej Vokasional Matang kerana sudi berkunjung ke PTAR 2 UiTM Cawangan Sarawak. Semoga perbincangan yang diadakan membawa manfaat kepada semua dan semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut
Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak