Sunday 5 May 2019

Bengkel Penyediaan Laporan-laporan Perpustakaan 2016-2018.


Bengkel Penyediaan Laporan-laporan Perpustakaan 2016-2018 telah diadakan (Jumaat) di Sudut IT PTAR Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2, pada 3 Ogos 2017 yang lepas. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyediakan dokumen selaras dengan perubahan dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta membimbing dan mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penyediaan laporan. 


Puan Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan fasilitator bengkel telah membimbing para peserta yang terdiri daripada 3 orang pustakawan dan 12 Pembantu Pustakawan. Hasil dari bengkel ini, peserta dapat menyediakan dokumen yang baharu mengikut fungsi dan proses utama bahagian masing-masing. 
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut




Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

No comments:

Post a Comment

Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...