Sunday 5 May 2019

Pertandingan Bowling Terbuka


Pertandingan Bowling Terbuka Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPMKSAR) & Kelab Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak di Megalanes Sarawak, E-mart Batu Kawa pada 2 Mac 2019.


Program melibatkan penyertaan daripada ahli Kelab, seramai 45 orang dan 9 kumpulan yang bertanding. Program yang dijalankan memberi pendedahan kepada ahli mengenai kemahiran untuk menjalankan program yang melibatkan sukan dalaman. Para peserta dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat kesukanan, memberi pengalaman baru kepada ahli jawatankuasa dan membentuk nilai-nilai moral dan juga sifat menghormati individu lain. Segala urusan program berjalan dengan lancar mengikut tentatif dan perancangan yang telah ditetapkan. Program dapat dikatakan berjaya kerana komitmen dan juga kerjasama antara setiap ahli jawatankuasa pelaksana. 

Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut








No comments:

Post a Comment

Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...