Sunday, 5 May 2019

Lawatan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Sarawak ke Perpustakaan, Swinburne University Of Technology, Kampus Sarawak

Seramai 23 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak membuat lawatan ke perpustakaan, SwinBurne University Of Technology, Kampus Sarawak pada 6 Mac 2018 yang lalu.
Hasil daripada lawatan ini, sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu serta memberi sokongan serta idea yang boleh dilaksanakan dalam pembangunan PTAR Cawangan Sarawak. Disamping itu juga, ianya dapat meneruskan usaha untuk berkongsi best practice yang diamalkan dalam rutin kerja.
Selain daripada itu juga lawatan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara perpustakaan, SwinBurne dengan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan sambutan yang amat baik perpustakaan, SwinBurne.
Disediakan oleh : Puan Hapsah Suut


Pautan ke laman web PTAR UiTM Sarawak

Lawatan Kerja Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak

Pn. Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengikuti Lawatan Kerja Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak ke Malaysia – France University Centre, Genovasi Malaysia, German-Malaysian Institute, Green Technology Malaysia. UiTM Holdings Sdn. Bhd. dan Halal Development Corporation. Lawatan kerja tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 10 hingga 11 Januari 2018 yang lepas. Semoga lawatan ini memberi ilmu yang berguna kepada PTAR UiTM Sarawak.
Disediakan oleh : Puan Zuraida Abdul Karim


Bengkel Makmal Pendigitalan Dan Metadata IR

Dua orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak iaitu En. Abang Mohd Farizan Abg Yakup dan En.Mohd Hairruddine Suip telah mengikuti Bengkel Makmal Pendigitalan Dan Metadata IR pada 16 hingga 17 Januari 2018 yang lalu bertempat di Bilik seminar dan Pusat IT PTAR. Diharap bengkel ini dapat membantu dan menambah kemahiran dalam pengurusan Bahan IR di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.
Disediakan oleh: Puan Zuraida Abdul Karim
Kredit Foto : PTAR UiTM Shah Alam


Bengkel Executive Information System (EIS), Mesyuarat Pengurusan Statistik Dan Mesyuarat Perkhidmatan UiTM Bersama Ketua-Ketua Perpustakaan UiTM

Bengkel Executive Information System (EIS), Mesyuarat Pengurusan Statistik Dan Mesyuarat Perkhidmatan Perpustakaan Uitm yang dianjurkan oleh PTAR UiTM Shah Alam turut dihadiri oleh Pn. Norhayati Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Pn. Zuraida Abdul Karim, Pembantu Pustakawan selaku Moderator Sistem EIS bagi PTAR UiTM Cawangan Sarawak.
Bengkel dan mesyuarat tersebut telah diadakan pada 22 hingga 24 Januari 2018 di Pusat IT dan Bilik Seminar PTAR UiTM Shah Alam. Diharap bengkel yang dihadiri ini dapat memberi pengetahuan dan menambah kemahiran dalam pengurusan statistik PTAR UiTM Cawangan Sarawak.
Disediakan oleh: Puan Zuraida Abdul Karim
Kredit Foto : PTAR UiTM Shah Alam



Bengkel Executive Information System (EIS)

Taklimat Pengurusan Rekod Dan Arkib

Unit Latihan UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Rekod Dan Arkib pada 17 Januari 2017 yang lalu. Beberapa orang Pegawai dan Pembantu Pustakawan PTAR telah mengikuti taklimat berkenaan yang diadakan di Bilik Sarjana UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Penceramah jemputan adalah En. Ariffin Jamaludin, Ketua Bahagian, Jabatan Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam bersama 2 orang pegawai iaitu En.Mohd Hazrul Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dan En. Abdul Razak Abdul Rahman (Pustakawan Kanan). Taklimat tersebut turut dihadiri oleh semua staf yang mewakili unit dan bahagian masing-masing di UiTM Cawangan Sarawak.
Tahniah diatas anjuran program yang sangat mendapat sambutan ini. Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya Pengurusan Rekod yang di Jabatan/Bahagian/Unit/Pusat sekaligus melaksanakannya dengan sistematik dan teliti.

Disediakan oleh: Puan Zuraida Abdul Karim


Lawatan SMK Beladin dan SMK Kanowit ke PTAR Kampus Samarahan

Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 1 dan 2 telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar dan guru-guru dari beberapa buah sekolah pada bulan Ogos 2017 yang lalu. Pelawat-pelawat telah diberi taklimat ringkas dan dibawa melawat sekitar bangunan Perpustakaan. Antara sekolah-sekolah yang membuat lawatan termasuklah : A. SMK Beladin, Betong | 24 Ogos 2017

Lawatan SMK Beladin & SMK Kanowit


Sunday, 25 February 2018

HARI INOVASI 2017 DAN AMANAT TAHUN BAHARU REKTOR 2018 UiTM CAWANGAN SARAWAK.


Unit Kualiti dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, KEKITA dan PEWANI telah mengadakan Hari Inovasi UiTM Sarawak 2017 pada 9 Februari 2018 (Jumaat) yang lalu, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Jubli UiTM Sarawak Kampus Samarahan 1. Pada Hari Inovasi tersebut, empat orang staf PTAR UiTM Sarawak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 iaitu Pn. Norhayati Ismail (Timbalan Ketua Pustakawan),Pn. Saptuyah Rosli (Pustakawan Kanan- Bersara Oktober 2016), En. Nur Afnan Ludin dan Pn. Normah bt Sadiee (Pembantu Pustakawan). Tahniah diucapkan.

Disediakan oleh: Pn Habsah Suut




RETREAT PTAR SARAWAK KE SABAH


Seramai 24 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak menghadiri Retreat (PTAR) yang diadakan di Marina Bay Hotel, Kota Kinabalu, Sabah  pada 7 hingga 9 Februari 2018, selama 3 hari 2 malam.
Selaras dengan perancangan strategik Perpustakaan 2016-2020, beberapa skop tugas dan proses kerja perlu dikaji semula untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan. Justeru, bagi memantapkan lagi perkhidmatan Perpustakaan, pengurusan berkualiti dan mutu kerja perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, Bahagian Perpustakaan bercadang untuk mengadakan satu retreat sebagai platform untuk mengkaji semula skop tugas dan proses kerja bagi penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan.




Disediakan oleh: Pn. Habsah Suut

LAWATAN DARI POLITEKNIK BETONG




Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Sarawak, Kampus Samarahan  (PTAR) telah menerima lawatan seramai 26 orang pelajar dan pegawai pengiring dari Politeknik Betong pada 2 Februari 2018. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebelum melangkah ke 'menara gading'.
PTAR yakin lawatan ke universiti mampu memberi lebih manfaat dan pendedahan kepada pelajar, terutamanya yang bakal mengakhiri zaman persekolahan, sekali gus mendorong mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,"



Disediakan oleh: Pn. Habsah Suut

Thursday, 1 February 2018

2018!! AMANAT Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Norhayati Binti Ismail

Assalamualaikum & Greetings!
Grateful to God for the greatness and blessings for giving me the opportunity to give foreword in the PTAR UiTM Sarawak Branch Official Blog.
Library acts as a catalyst for the main activities in teaching, learning and research. Besides, Library held a big responsibility in creating "Knowledge Culture" especially through reading and accessing of information. Because of that, PTAR UiTM Sarawak Branch always try to make a Library that can gives and provides the best and good quality of services.
Other than that, to make a Library that are relevant and competitive as an Academic Library that known and respected, Library have to know the current needs that always needed and have to fulfill the needs of reference resources for the new academic program as well as developing library collection that updated in various forms.
To conclude, it is a wish for the Library so that the users can have the benefits in using all the services and facilities that provided with best interest. Library also will continue the trust that given in providing reference resources, services and facilities that relevant in the line with the needs of today generation. Lets make 2018 a wonderful year for all of us! 
Thank you.




Bengkel Pengurusan Laman Web Media Sosial PUiTM SeMalaysia (15-16 Ogos 2017)

Bengkel Pengurusan Media Sosial PUiTM SeMalaysia anjuran PTAR UiTM Shah Alam telah dihadiri oleh dua (2) orang staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu En, Abang Mohd Farizan Abang yakup (Pustakawan) dan En. Mohd Hairruddine Suip (Pembantu Pustakawan). Bengkel yang diadakan pada 15 hingga 16 Ogos itu bertujuan untuk membangunkan laman media sosial di Perpustakaan cawangan.Bengkel ini telah dibuat di Pusat IT, PTAR Utama Shah Alam. Semoga dengan perkongsian ilmu selama 2 hari ini dapat memberi manfaat kepada PTAR UiTM Cawangan Sarawak dalam mengawalselia media sosial yang dibangunkan.



Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...