Wednesday, 17 May 2017

CARRIER EXPO 2006 UiTM SARAWAK




Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan,latihan dan input-input berkaitan dengan perkembangan kerjaya kepada siswa/i khususnya berkaitan dengan imej dan keperibadian yang perlu dimiliki oleh seseorang eksekutif sebagai persiapan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

Program ini adalah dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Sarawak dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri (Unit Pengurusan Sumber Manusia) Sarawak.Program ini juga mendapat kerjasama yang padu dari bahagian Perpustakaan, Ahli Jawatankuasa Career Expo yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah, ILQAM, Bahagian Fasiliti, Keselamatan dan juga Persatuan Kaunselor Rakan Sebaya (PKRS) UiTM Sarawak.
Sehubungan itu, program ini yang berasaskan Modul Latihan Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar diharapkan dapat memberi manfaat kepada siswa/i semester akhir dalam menyiapkan diri untuk menjadi graduan yang lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melangkah kaki dalam dunia pekerjaan. Mahasiswa merupakan produk yang terpenting bagi mencerminkan imej sesebuah universiti. Sebagai graduan dan bakal menjadi eksekutif, mereka perlu mempunyai ciri-ciri keperibadian dan kemahiran berkomunikasi yang baik
Program ini dijalankan selama 2 hari iatu pada 23 Ogos 2006 adalah bersama dengan Perkhidmatan Awam Sarawak, manakala pada 24 Ogos 2006 bersama dengan Job Street.
Career expo telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu’ Abdul Ghafur Syariff iaitu Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Negeri Sarawak. Perasmian ini diadakan di Dewan Jubli dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni iaitu Prof.Madya Dr.Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit yang turut mewakili pengarah kampus. Selain itu, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua program dan para pelajar juga turut hadir bagi meraikan majlis tersebut


Program ini mendapat sambutan yang amt baik dikalangan pelajar terutama pelajar-pelajar tahun akhir malah telah diminta oleh Datu’ Abdul Ghafur Syariff sendiri untuk mengadakan pameran tersebut pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1) Tayangan video PANS (Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak)- Be Part of The Winning Team
2) Pameran, cabutan bertuah dan teka teki.
3) Sesi kaunseling dan dialog dengan Jabatan-jabatan yang terlibat. 


Antaranya adalah:
1) Jabatan Pengairan dan Saliran
2) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
3) Jabatan Pertanaian Sarawak
4) Jabatan Perbendaharaan Negeri
5) Unit Pengurusan Sumber Manusia
6) Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri

Sesi kaunseling ini membolehkan para pelajar mendengar serta mengajukan soalan kepada jabatan-jabatan yang terlibat mengenai peluang pekerjaan serta fungsi jabatan tersebut. Di jalankan sebanyak dua sesi pada hari tersebut.

4) Turut diadakan adalah sesi pendaftaran e-Recruitment yang mendapat sambutan yang luar biasa oleh para pelajar.Ianya diadakan di perpustakaan UiTM. Terdapat kakitangan Unit Pengurusan Sumber Manusia yang turut memberi panduan bagaimana mengisi database tersebut. 

5) Sesi temuduga bagi sukarelawan 
Ianya diadakan di biliki-bilik perbincangan di perpustakaan. Dikendalikan oleh En. Abdul Rahman Saili 

6) Pendaftaran Latihan Industri
Pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri, boleh mendaftar di booth jabatan-jabatan tersebut pada hari pameran diadakan.

7) Job Street
Program bersama Job Street diadakan pada 24 Ogos 2006. Ianya diadakan di dewan jubli. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendftaran pekerjaan, pameran dan satu sesi ceramah bersama wakil Job Street. Sesi ceramah tersebut, turut dibantu oleh para pelajar Diploma Pengajian Perniagaan yang pelru melengkapkan tugasan mereka.

Career Expo ini tamat pada jam 5 petang. Adalah menjadi harapan agar pameran ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan sambutan yang diterima amat menggalakkan, malah turut dipuji oleh Datu’ Abdul Ghaffur yang juga alumni UiTM agar program ini dapat diteruskan lagi.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang pameran ini diadakan!!!

No comments:

Post a Comment

Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...