Wednesday 17 May 2017

PROGRAM KEMERDEKAAN BAHAGIAN PERPUSTAKAAN UiTM SARAWAK


Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan setiap tahun dinegara kita, namun adakah penghayatan sebenar mengenai kemerdekaan tersebut boleh dibanggakan.


Menyedari hal tersebut sebagai sebahagian daripada sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2006, Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Pameran “Hargai Kemerdekaan Kita”. Pameran tersebut diadakan diruang Galeri Perpustakaan yang baru mulai 30 Ogos sehingga 15 September 2006.
Pameran tersebut mempamerkan beberapa keratan-keratan akhbar lama rentetan-rentetan penting Tanah Melayu kemudiannya Malaysia mencapai kemerdekaannya. Turut dipamerkan juga adalah beberapa gambar lama yang menjadi sebahagian nostalgia kemerdekaan kita.


Bagi memberikan impak yang meyakinkan terhadap penghayatan kemerdekaan bersama dengan pameran ini juga diadakan Kuiz Kemerdekaan. Kuiz yang mendapat sambutan menggalakkan ini menyediakan beberapa soalan untuk dijawab berdasarkan pameran tersebut. Kuiz tersebut menyediakan 3 hadiah utama bernilai RM100.00 setiap satu dan 10 hadiah saguhati berupa kamus keluaran terbaru.

No comments:

Post a Comment

Program "Jom ke IPTA"

Sekitar Program "Jom ke IPTA" yang disertai oleh rombongan SMK Bakun, dan SMK Belaga, 120 orang termasuk pegawai pengiring pada ...